Wednesday, May 21, 2008

???

Assalamualay kum Warahmatullah...

Berikut adalah artikel dari Saudara Naim yang saya sengaja siarkan di sini untuk bacaan sahabat2 di USIM..Dan di bawah artikel saudara naim, jawapan kepada tuduhan tersebut oleh YDP MPP kita,Ustaz Farid Din..Moga ‘keluarga’di usim dpt belajar dr teguran org..biar walaupun teguran itu tidak benar atau benar..sekurang2nya kita sebagai warga usim ada tanggungjwab,membuka minda kita semua..kalau xwujud artikel cm saudara naim tu,kita hanyut dengan dunia kita sendiri..erm..sedih,pedih..mmg sedih ..tp,sy cuba berfikiran +..walau pahit utk di telan pd mulanye..ana rasa,elok ana siarkan sekali lg jwpn kepada tuduhan tu oleh YDP MPP Saudara Farid Din..supaya shbt2 di USIM lain dpt baca..seterusnye bersihkan kembali nama usim..

hidup usim!
hidup islam!
hidup biar berjasa!


Kalau anda sayangkan USIM,sila baca sampai habis..

Universiti Islam atau Universiti Islam Liberal?

Negara ini dalam proses perkembangan yang positif dengan lahirnya semakin banyak institusi-institusi pengajian tinggi Islam. Sememangnya menjadi harapan besar umat Islam di negara ini semenjak dahulu lagi untuk melihat proses pendidikan (secara formal) yang berorientasikan pandangan hidup Islam yang benar itu berjalan dengan rancak. Begitulah sejarah merakamkan bagaimana pada era 60-an, ketika faham Islam sebagai satu tatacara hidup (nizam al-hayah) sedang mula berkembang semula di negara ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melalui sebuah konvensyen mahasiswa anjurannya pada tahun 1966 mula menggagaskan idea tentang penubuhan sebuah universiti Islam; yang akhirnya pada hari ini tersergam indah di daerah Gombak, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Namun apa yang ingin aku sentuh dalam penulisan kali ini bukanlah tentang UIAM, sebaliknya tentang sebuah universiti lain yang juga membawa nama Islam.

Aku punya beberapa orang teman dan kenalan di sebuah universiti Islam yang kampusnya terletak di Nilai. Melalui cerita dan pengkisahan mereka, aku berasa cukup geram dan sedih dengan perkembangan yang sedang berlaku di universiti tersebut. Daripada kisah mereka, seolah-olah universiti itu kini sedang cuba dijadikan sebagai ‘pusat ternakan’ fahaman Islam Liberal.

Pihak pentadbiran universiti itu seolah-olah sedang cuba ‘meracuni’ pemikiran para mahasiswa di universiti itu dengan fahaman ‘terbuka’, sehingga sanggup merendah-rendahkan elemen-elemen tradisi dan juga perkara-perkara yang ada asasnya dalam Islam. Bayangkan bagaimana Dekan universiti itu sendiri sampai ke tahap sanggup menyamakan tudung labuh yang dipakai oleh mahasiswi universiti itu dengan ‘kelambu’. Seolah-olah tudung labuh ini adalah pakaian lapuk yang tidak relevan dan tidak ‘moden’. Apakah beliau – maaf, aku patut menggunakan: dia – tidak membaca ayat-ayat al-Qur’an yang menyatakan dengan jelas konsep pemakaian tudung?

Firman Allah S.W.T., yang lebih kurang maksudnya:
Katakanlah kepada wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya...” (Surah An-Nuur, ayat ke-24) [untuk tafsiran dan penjelasan lanjut tentang ayat ini, kalian bacalah kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Al-Azhar Pak HAMKA; takkan semuanya aku nak baca untuk kalian.]

Apakah tudung berlilit sepuluh kali (sampai mencekik leher) itu ingin diangkat sebagai model pemakaian wanita yang solehah? Lebih teruk lagi, dia malah meremehkan mahasiswi yang memakai jubah dengan mengatakan bahawa wanita Arab dulu memakai jubah supaya mudah untuk mereka berhadas. Sayang sungguh, sebuah universiti mempunyai seorang Dekan yang begini dangkal akalnya!

Aku terkejut bila mengetahui di universiti tersebut diletakkan patung wanita yang dipakaikan dengan pakaian wanita muslimah (kononnya) untuk dijadikan sebagai model pemakaian wanita solehah; kononnya contoh pemakaian yang terbaik untuk wanita Islam. Ah, sesiapa yang berkesempatan untuk pergi ke universiti itu, pergilah menonton patung tersebut dan nilai sendiri sama ada pemakaian itu menepati garis panduan pemakaian seorang wanita Islam atau tidak. Aku kira, budak tadika Islam pun tahu membezakannya. Aku harap, wanita-wanita di universiti itu tidaklah terlalu ‘bodoh’ untuk mencontohi juga pemakaian model tersebut.

Aku juga cukup geram dan sedih bila mendapat tahu ada program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar senior di universiti tersebut yang sampai mengabaikan waktu solat dalam program mereka, sehingga ada pelajar-pelajar yang tertinggal waktu solat! Dalam hal ini kedua-dua pihak harus bermuhasabah: penganjur dan peserta program. Apakah kalian tidak mengerti bahawa solat itu kunci syurga! Tanpa solat, buatlah seberapa banyak amalan sekalipun, pasti tidak berguna apabila dinilai di Hari Pengadilan kelak! Malah, tanpa solat, keIslaman seseorang itu pun boleh dipertikaikan!

Rasulullah s.a.w. bersabda, yang lebih kurang maksudnya:
Solat itu tiang agama. Siapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama, dan siapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama.” (Hadith riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda, yang lebih kurang maksudnya:
Batas di antara seseorang itu dengan kekafiran ialah meninggalkan solat.” (Hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan lain-lain)

Aku cukup sedih bila mengetahui pelajar-pelajar senior di universiti Islam tersebut begitu ‘sekular’ pemikiran mereka sehingga boleh ‘terlepas pandang’ waktu solat. Sedangkan, waktu solat seharusnya diletakkan sebagai waktu-waktu utama yang tidak boleh diabaikan walau apa pun keadaannya! Aku tambah sedih lagi, bila mengetahui para peserta (mahasiswa/i baru) tidak seorang pun yang menyuarakan, mengingatkan atau mengambil inisiatif untuk pergi bersolat terlebih dahulu! Apakah mahasiswa dan mahasiswa sekarang sampai begini sekali ‘mandulnya’ jiwa sehingga sanggup berdiam diri walaupun menyedari ada yang tidak kena di depan matanya!

Ini belum termasuk isu tarian, nyanyian-nyanyian yang melalaikan, aktiviti pertunjukan fesyen yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Aduh, adakah perkara-perkara yang begitu asas masih perlu diajar kepada pentadbir dan pensyarah universiti Islam ini?

Sesiapa yang punya teman-teman di universiti tersebut, tolong sampaikan mesej ini kepada mereka!

Aku berharap agar pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat menilai semula pelantikan pentadbir-pentadbir dan pensyarah-pensyarah di universiti tersebut. Pelantikan pentadbir dan pensyarah perlu dipastikan benar-benar daripada kalangan mereka yang layak, yang faham Islam itu dalam konteksnya yang universal dan benar. Kita tidak ingin mereka yang berkiblatkan faham sekular, yang mentafsir nas-nas agama sesuka hati menurut nafsu serakah mereka sahaja.

Para mahasiswa di universiti itu juga tidak harus berdiam diri. Kalian adalah penuntut di taman intelektual; bukanlah dikatakan intelektual jika membisu dalam kebenaran, tetapi itu dinamakan pengkhianatan intelektual. Bukanlah dinamakan intelektual jika kalian gagal menterjemah ilmu pengetahuan yang ada untuk membentuk peribadi dengan nilai-nilai yang murni. Aku berharap sangat agar ada perubahan yang akan berlaku, kerana faham sekular-liberal jika dibiarkan meracuni minda-minda yang keliru, akan merosakkan umat Islam itu sendiri. Aku kira sedikit sebanyak maklumat tentang sekular-liberal telah ditulis dalam entri aku yang terdahulu. Hayatilah.

Daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a. katanya: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda (yang lebih kurang maksudnya): “Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Hadith riwayat Muslim)

Wallahu’alam.

Jawapan Kepada Tuduhan Saudara Naim

Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah FilLah,

Semoga Allah melimpahkan segala rahmat dan kurniaNya kepada kita sekalian. Saya telah membaca suatu artikel yang dihantar oleh Saudara Naim di dalam laman blog beliau yang bertarikh 3 mei 2008 bertajuk : Universiti Islam atau Universiti Islam Liberal. Oleh kerana saya melihat tuduhan yang dilemparkan kepada universiti tempat saya menimba ilmu dan mengenal agama islam ini telah diberikan gambaran yang tidak adil, saya ingin memberikan penjelasan berhubung isu tersebut serta membuat sedikit teguran kepada Saudara Naim.

Diharapkan semoga sedikit penerangan yang saya jelaskan akan memurnikan tanggapan masyarakat yang tidak menetap di bumi USIM (satu-satunya Universiti Islam di Nilai sebagaimana yang digambarkan oleh Saudara Naim) yang tercinta. Bukanlah saya menulis ini bertujuan untuk menolak segala dakwaan yang dibuat oleh seorang pelajar (rakan Saudara Naim) yang telah menceritakan kepada Saudara Naim situasi USIM tersebut. Namun, adalah tidak adil bagi saya yang sudah hampir 3 tahun belajar di USIM sekiranya membiarkan keluarga saya dicemuh tanpa pembelaan. Tidak dinafikan bahawa ada beberapa kekurangan di pihak keluarga saya (USIM) yang masih perlu diperbaiki tetapi tindakan saudara menulis serta memberikan komentar berdasarkan cerita dari teman saudara adalah tidak tepat.

Saudara mendakwa bahawa USIM seolah-olah merupakan pusat ternakan ‘Islam liberal’. Saudara, ucapan ini sangat sensitif dan berbahaya. Saya yakin bahawa apa yang ditulis oleh saudara bukanlah mewakili PKPIM, namun sedikit sebanyak telah mencemar kewibawaan saudara selaku Ahli Jawantankuasa PKPIM. Apakah hanya apabila warga USIM dididik agar lebih fleksibel dan terbuka, saudara ingin menyatakan USIM adalah sekular dan liberal. Ini suatu tuduhan melulu dan tidak berasas. Keterbukaan yang diamalkan oleh USIM masih berada di bawah kawalan pihak pengurusan universiti yang sentiasa memastikan USIM berada di dalam acuannya tersendiri sesuai dengan imejnya sebagai universiti Islam. Islam tidak pernah menetapkan para ummatnya berpegang dengan suatu pandangan semata, bahkan di dalam lingkungan fiqh islam itu sendiri kita melihat kepelbagaian corak pemikiran. USIM yang terdiri dari pelbagai latarbelakang warganya sudah tentu perlu bersikap lebih terbuka serta meraikan pola pemikiran mereka. Tegasnya, apa yang saya lihat USIM telah meletakkan asas dan garis panduan yang tepat. Sebagai contohnya, seluruh kakitangan USIM diwajibkan menutup aurat. Bukan semua kakitangan USIM pada asalnya menutup aurat apatah lagi berpendidikan agama, namun pendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan adalah bersesuaian dengan citra USIM dan kini seluruh warga USIM menutup aurat. Apatah lagi para mahasiswa dan mahasiswi juga digariskan agar menutup aurat dan berpakaian sopan. Jelas termaktub di dalam perlembagaan universiti berhubung perkara tersebut.

Saudara juga telah menaqalkan kata-kata sahabat saudara bahawa dekan terbabit (As-Syeikh Dr. Rosni Samah, HafizahulLah) mengeluarkan pandangan yang tidak baik berkenaan tudung dan jubah. Adakah saudara yakin dengan apa yang diceritakan oleh sahabat saudara itu benar, atau setidaknya bertepatan dengan maksud yang dinyatakan oleh tuan syeikh tersebut?. Ketika saya membaca artikel saudara saya terus menghubungi tuan syeikh dekan berhubung kenyataan beliau. Benar sekali, sahabat saudara telah salah memahami ucapan tuan syeikh serta tidak mahu menerima teguran yang diberikan kepada beliau.(lebih sopan menggunakan beliau - sebagai seorang yang beradab dalam penulisan). Apa yang dimaksudkan oleh Tuan syeikh berhubung jubah dan tudung itu adalah supaya mahasiswi yang bakal bergelar guru / ustazah berpakaian lebih kemas. Dalam erti kata lain berjubah dengan jubah yang kemas dan terurus bertudung labuh yang kemas dan menyenangkan. Barangkali teguran tersebut tidak dapat difahami dengan baik. USIM bukan sahaja menitik beratkan soal penguasaan ilmu bahkan imej islam yang baik harus dijaga.

Tuduhan saudara mengatakan kami (senior-senior USIM) berfikiran sekular adalah tidak benar. Mungkin ada segelintir yang berfikiran begitu (di mana IPT pun ramai), namun menuding jari dengan mengatakan senior USIM adalah sekular adalah tidak berasas. Berkenaan program tersebut hingga mengabaikan solat tidak dapat saya pastikan. Beberapa persoalan harus dikemukakan, adakah pihak penganjur tidak membenarkan bersolat atau pelajar yang tidak mengambil peluang untuk bersolat. Dalam pengamatan saya, tidak ada suatu program yang dianjurkan tidak memberikan ruang waktu untuk bersolat. Perkara ini akan dikaji dan diteliti oleh pihak bertanggungjawab.

Berhubung nyanyian-nyanyian, persembahan dan tarian yang melalaikan. USIM telah mencuba meng’harmoni’kan perkara tersebut sesuai dengan kehendak syariat dan menjaga nilai-nilai budaya ketimuran melayu. Kami bersyukur kerana USIM tidak membiarkan mahasiswanya untuk bebas dalam bersosial dan berhibur dengan sesuka hati. Ianya sentiasa dipantau serta dipandang berat oleh pihak pengurusan. Untuk makluman saudara, sebarang aktiviti berkaitan dengan nyanyian, persembahan dan tarian adalah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak atasan sebelum ianya dilaksanakan dalam kata lain, USIM sekaligus hanya membenarkan aktiviti tersebut dijalankan sekiranya ia tidak melanggari batas syariat dan budaya melayu.

Sebagai kesimpulan,ingin saya memberikan beberapa noktah sebagai panduan saudara. Pertama, saudara haruslah lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan terutama apabila mengaitkan peribadi serta institusi pengajian tinggi yang lain. Budaya menyiasat terlebih dahulu adalah perbuatan yang dianjurkan Islam serta mengelak dari membuat tuduhan melulu. Kedua, saudara harus menjaga adab serta etika di dalam menulis terutamanya saudara adalah merupakan seorang pemimpin mahasiswa yang berideologikan Islam sebagai cara hidup. Ahkirnya, saya mendokan agar Allah mengampunkan kesalahan dan dosa kita selaku hambaNya yang dhaif dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini.

Sekian.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MOHD FARID DIN

Yang Dipertua,

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).





Monday, May 19, 2008

Ulangtahun Hari Nakbah ke-60

Gambar2 sekitar Peristiwa Nakbah 1948



Pada tanggal 15 Mei yang lepas, ummat Palestine mengenang kembali peristiwa malang yang menimpa mereka 60 tahun yang lepas.Mengenang kembali, bagaimana Israel merampas tanah milik mereka dan menubuh Negara Haram Israel dengan mengishtiharkan 'kejayaan' mereka. Satu ''kejayaan" yang amat kurang ajar sekali.Berastus2 ribu rakyat Palestine menjadi pelarian di negara sendiri kerna di halau..Kalau yang tinggal di Lubnan, dapat pula layanan yang teruk..kesian betul.huh!!emosi betul..tambah lagi,pada tarikh berkenaan Bush pergi Israel untuk celebrate sama2.Dan surat khabar harini,Bush kata dia akan terus bekerjasama dan memberi sokongan kepada Israel...hish!!Rakyat Palestine pula,melepaskan beribu2 belon hitan di awan..sebagai tanda prostes..Syria pun tak lepas juga buat peringatan kepada ummat Palestine sempena Nakbah..saya ada terbaca komen dari adik sahabat sy Muslim,warga palestine dalam blog sahabat sy tue, adik dia Habib, tulis:

"la hawla wala qowata illa billah ... insha'allah this is the last anniversary to NAKBAH..every day comes.. israel closes on its end ..soon .../."




u're right,habib...ameenn..Nantikan Zaman Kebangkitan Islam yang akan kembali menguasai bumi Allah RobbulJalil ni..

kak yan,me,habib n muslim(palestinians)






Wednesday, May 14, 2008

Kes saman Putrajaya Holdings didengar April tahun depan

~~Saya merupakan warga Putrajaya yang sudah menetap di sini lebih daripada 8 tahun. Jadi, perlu bagi saya untuk prihatin terhadap isu2 yang berlaku di sini. Berikut adalah berita terbaru yang saya adaptasikan dari Utusan Online.

KUALA LUMPUR 13 Mei - Kes saman dua buah syarikat terhadap Putrajaya Holdings Sdn. Bhd., (PHSB) kerana didakwa telah melanggar hak cipta akan didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 6 April tahun depan.
Putrajaya Holdings dan lima defendan lain didakwa melanggar hak cipta reka bentuk lampu jalan dan tanglung milik kedua-dua syarikat itu bagi menghiasi beberapa batang jalan di Putrajaya.
Hakim Datuk Ramly Ali menetapkan tarikh berkenaan semasa sebutan kes tersebut di kamar beliau hari ini.
Syarikat Acumen Marketing Sdn. Bhd., dan DW Windsor Limited yang beribu pejabat di England mendakwa PHSB melanggar hak cipta milik mereka apabila memberi kuasa untuk penghasilan semula dan pembekalan lampu jalan yang hampir serupa atau sama dengan lampu jalan yang dihasilkan oleh mereka.
Lampu-lampu yang mengambil reka bentuk tepak sireh, kerongsang dan cucuk sanggul itu didakwa dipasang di Presint 2 (Timur), Presint 3, Presint 4, Presint 5, Presint 6 dan Presint 18 di Putrajaya.
Kes saman tersebut difailkan pada 25 Mac 2005.
Dalam pernyataan tuntutannya, pihak plaintif yang menjalankan perniagaan mengeluar dan mengedarkan tiang lampu jalan, tanglung dan komponen-komponen berkaitan mendakwa merupakan pemilik berdaftar bagi tiga reka bentuk lampu itu yang dinamakan di bawah 'Lampu Jalan Baba dan Nyonya'.
DW Windsor pula mendakwa ia merupakan pencipta sistem pemantul Diamond Optic termasuk tanglung Diamond Optic yang hak ciptanya dilindungi di bawah undang-undang hak cipta di Malaysia mengikut Konvensyen Berne.
PHSB dalam pernyataan pembelaannya pula menafikan sebahagian besar pernyataan tuntutan berkenaan dan memohon saman tersebut ditolak dengan kos.
Defendan pertama itu juga membuat tuntutan balas dengan mendakwa mengikut kontrak perjanjian, semua hak milik intelektual berhubung lakaran, reka bentuk dan produk termasuk reka bentuk 'Lampu Jalan Baba dan Nyonya' adalah milik sepenuhnya PHSB dan ia berhak menggunakannya.

Sumber: Utusan Online 14/5/2008

Monday, May 12, 2008

Sumbangan kaum Hawa kepada tamadun dunia

SYAIR Arab ada menyebut; ‘Punca keruhnya air kerana buruk tanahnya. Punca keburukan kaum kerana buruk pernikahannya’.
Dalam pepatah Melayu sering terungkap ‘tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’. Sebabnya, Rasulullah SAW apabila ditanya oleh sahabat mengenai siapa yang mesti diutamakan dahulu, Baginda bersabda: “Ibu mu...” sebanyak tiga kali kemudian baru disebutkan “ayah mu.”
Itu antara gambaran mengenai kedudukan dan ketinggian martabat wanita dalam Islam. Malah kehebatan dan mulianya wanita di sisi Islam turut dicatat sebagai salah satu nama surah dalam al-Quran iaitu surah al-Nisaa’ yang membicara secara khusus mengenai wanita.
Menyedari ketinggian martabat wanita dalam Islam, Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) tampil melancarkan pameran Iman dan Kuasa Wanita Dalam Islam bermula 3 April lalu. Pameran itu dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Bertempat di galeri khas Pavilion Kubah Terbalik MKIM, pelbagai cerita, kisah dan sejarah suka duka, susah senang serta tinggalan peralatan wanita dalam kehidupan dunia bermula daripada ibu kepada sekalian manusia, Hawa (Siti Hawa) sehingga kepada tokoh tempatan terdekat mutakhir ini, Datuk Seri Rafidah Aziz ada dipamerkan untuk diselusuri pengunjung mengenai latar belakang, pengorbanan dan kejayaan mereka.
Pameran selama tiga bulan yang berakhir pada 4 Julai depan itu antara usaha MKIM membantu mengembalikan pengiktirafan mertabat wanita pada kedudukan yang menjadi haknya dalam Islam, kepada masyarakat di negara ini.
Kita mungkin kurang jelas mengenai sejarah raja perempuan terawal yang memerintah Negeri Sabak, iaitu Ratu Balqis di zaman Nabi Sulaiman a.s. yang dicatat dalam al-Quran jika tidak dikaji dan dicari dalam kitab-kitab tafsir.
Tetapi dengan berkunjung ke pameran ini, anda dapat mengetahuinya dengan mudah dan yang penting fakta-fakta yang sahih.
Malah segala jenis kisah dan sejarah wanita sama ada yang disebut dalam al-Quran, Taurat dan Injil atau yang ada dalam catatan manusia boleh dibaca serta dilihat untuk diketahui.
Ini kerana pameran Iman dan Kuasa Wanita Dalam Islam yang pertama kali diadakan oleh MKIM ini memaparkan hampir semua kisah, cerita dan sejarah wanita-wanita Islam yang hidup di dunia dengan jelas dan mudah.
Malah pengunjung turut berpeluang melihat sendiri bentuk sutera, buaian, hasil ukiran, pakaian persalinan wanita silam termasuk alatan tinggalan Saidatina Siti Khadijah Binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW dan puteri-puteri Baginda, Zainab, Rugaiyah, Ummi Kaltsum dan Siti Fatimah Az-Zaharaa’.
Tidak ketinggalan juga cerita mengenai nama-nama wanita Islam yang berkuasa dan beriman serta mempunyai pengaruh besar di zaman jahiliah seperti Hindun (disebut dalam al-Quran) mahupun semasa pemerintahan Khalifah al-Rasyidin dalam pelbagai bidang dan lapangan.
Bermula dalam urusan rumah tangga dan ekonomi seperti Saidatina Siti Khadijah yang berjaya dalam perniagaan, pengurusan rumah tangga dan kegiatan sosial sehingga kepada kemunculan tokoh politik seperti Khalidah Zhia di Bangladesh dan Benazir Bhutto yang mati dibunuh menjelang pilihan raya Pakistan baru lalu turut dipaparkan.
Kehebatan puteri Abu Bakar As-Siddiq yang rupawan dan pintar, Siti Aisyah r.a., iaitu isteri termuda Rasulullah SAW juga boleh anda selami kisah dan sejarah kehidupannya di sini.
Berkunjung ke pameran itu juga anda akan ketahui sejarah kisah Siti Hawa, ibu kepada sekelian manusia di bumi, Siti Hajar (ibu bangsa Arab), Yukabid (ibu Nabi Musa a.s.), Siti Mariam (perawan yang menjadi ibu kepada Nabi Isa a.s.) dan Siti Aminah Binti Wahb (ibu Rasulullah SAW) yang kesemuanya ada disebut dalam al-Quran.
Malah MKIM melalui pameran itu turut menyelusuri kehidupan wanita-wanita sehebat ini dan pandangan terhadap mereka dari sudut dimensi fizikal dengan pelbagai artifak yang berlainan masa dan tempat dipaparkan.
Paparan Shajarat al-Durr misalnya menceritakan bagaimana dari seorang hamba kepada khalifah Abbasiah diangkat menjadi Sultan sekitar tahun 646 Hijrah (1249 Masihi).
Namun sejarah hidup ahli sufi wanita terunggul, Rabiah Al-Adawiyah (712 Masihi atau 93 Hijrah) yang menolak semua lamaran lelaki demi untuk mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT paling menyentuh naluri.
Nama agung lain seperti Ratu Amina sebagai pahlawan terbilang wanita yang mengetuai angkatan tentera berkuda Zazzau sebelum dilantik menjadi Ratu Zazzau menggantikan ayahandanya ketika berusia 24 tahun pada tahun 1576 (983 Hijrah) harus diteladani generasi muda masa kini.
Begitu juga dengan Puteri Subuh yang menjadi isteri Khalifah Cordoba tetapi akhirnya menjadi pemangku pemerintahan kerajaan bersama suaminya.
Atau elok kita menyelak semula kisah tokoh wanita Melayu, Cik Siti Wan Kembang iaitu puteri kepada pasangan Raja Ahmad dan Bainun dari keturunan Raja Melaka yang memerintah selama 67 tahun.
Tidak ketinggalan kisah Tjoet Njak Dien (1848) yang dengan perkasa melawan dan mengusir Belanda untuk menawan serta memerintah sendiri Bandar Aceh sehingga diistiharkan sebagai Srikandi Negara oleh Sukarno.
Dalam episod kisah cinta pula kita dipaparkan dengan wanita bernama Mumtaz Mahal (1593) yang memiliki cinta yang tulus terhadap Putera Khurram sehingga terbina Taj Mahal sebagai simbol cinta sejati putera raja itu terhadapnya.
Di India, anda akan tahu mengenai sejarah Sultan Jahar Begum Bhopal (1901-1921) sebagai Sultan wanita pertama di negara berkenaan, serta bermacam kisah dan sejarah lagi untuk diketahui.
Jadi jangan lepaskan pelung untuk berkunjung ke MKIM bersama anak-anak, ahli keluarga dan rakan taulan bagi menambah keilmuan mengenai wanita dalam Islam secara tepat dan sahih.
Banyak manfaatnya jika berkunjung ke pameran berkenaan bersama anak-anak, kerana selain menambah ilmu dan menyegarkan minda serta semangat, anda turut berpeluang mengenengahkan bakat anak-anak dalam pelbagai aktiviti yang tersedia sepanjang pameran berlangsung.
Jom! kunjungilah galeri khas di tingkat satu Pavilion Kubah Terbalik MKIM yang terletak di belakang Masjid Negara bagi mengenali siapa sebenarnya tokoh-tokoh wanita dalam Islam.
Ia dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang. Jika penat berjalan menelaah catatan sejarah mengenai kisah-kisah hidup di samping melihat sendiri tinggalan barangan serta peralatan yang dipamerkan, anda berehat dan menjamu selera sambil bersantai di restoran atau berbelanja di kedai yang sedia menanti dengan pelbagai hasil Islamik di situ.
Sesungguhnya wanita, dalam tangannya ada penawar dan racun untuk kehidupan dunia dan di bawah telapak kakinya tersedia syurga serta neraka untuk kehidupan yang kekal di akhirat.

Sumber: Utusan Online 13/05/2008

Buat blog ke2 selepas Wordpress

salam..sebenarnya lama dah saya rancang nak buat semula blogspot setelah saya delete 2 tahun lepas dan tukar ke wordpress..
akhirnya..........hehe...
Moga saya rajin2 lah create post..hohoh

SELAMAT HARI IBU..


Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerana lahir di dunia ini menjadi anak Baba dan MAMA..
Sempena Hari Ibu, tidakku lupakan jasa MAMA yang telah sempurna besarkan aku selama hidup di dunia ini..bukan dalam tempoh yang sekejap..tetapi sudah 20 tahun,aku menjadi anak MAMA..
Pengorbanan MAMA yang tidak terhingga membesarkan anak2 yang seramai 12 orang, hanya ALLAH TAALA yang tahu betapa erti pengorbanan itu..kepada semua yang membaca,bukanlah Hari Ibu sahaja,hari ibu bagi kita..tapi setiap detik itu adalah hari ibu..SAYANG MAMA!!

Assalamualaykum Warahmatullah...

Alhamdulillah, exam dah habis..stelah 2 minggu berjihad dalam exam..Tahniah kepada kawan2 yang dapat jawab dengan baik..moga kita semua dapat result yang baik setelah kita Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal..
Esok kita akam mula short sem..mungkin sesetengah bagi kita,berlegar persoalan di minda..kenapa tidak bagi peluang langsung kepada student untuk rehatkan minda sekejap setelah sekian lama di dalam minggu exam??Kenapa tidak buat short sem tahun depan aje??..Untuk pengetahuan kawan2, saya telah pergi ke HEP dan bertanya kepada staf, mereka jawap NC kita dah aturkan jadual yang terbaik untuk kita semua..NC begitu mengambil berat kepada kita..NC kesian kat kita sebab jadual Tahun 2 nanti lagi padat..erm..pada mulanya pon,saya agak tertekan..Tapi setelah dengar penjelasan staf ,alhamdulillah lega..Apa2pon...Gud luck kepada semua student..especially student da'wah dan pengurusan islam..chayok!chayok!Moga kita semua istiqamah dalam menuntut Ilmu Allah yang Maha Agung..wassalam
~~Esok saya jadi birthday gurl..hoho..Happay birthday to me ke-20..tua dah..hokhok