Saturday, January 10, 2009

Jangan menipu ALLAH SWT dengan tudung!!

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat. Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk meyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, di panggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka.

Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat. Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung.

Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu.

Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah. Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"

Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"

Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman.

Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya.

Justeru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah. Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata...

Hukum baju ada tulisan ‘Calsberg’

Salam alaikum,
Saya pernah terserempak dengan budak laki muslim yang pakai baju begitu. Saya tahu tak baik pakai baju tulisan itu,tapi saya xberapa pasti tentang penjelasan hukum tersebut. Berikut fatwa yang diambil dari blog MPP USIM,Ustaz Farid Din.

Jenama Arak.Kilangnya di Malaysia terletak di Shah Alam.Nauzubillahuminzalik

Soalan:

Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan ‘Carlsberg’ pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan Syara’iah, Jabatan Hal Ehwal Syara’iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Jawapan:

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين.

Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.

Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.

Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-Iainnya. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam:

عن شبيب سمعت أنس بن مالك أو حدثنى أنس قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الخمر عشرة عاصرها ومعتصرها والمعصورة له وحاملها والمحمولة له وبائعها والمبيوعة له وساقيها والمستقاة له حتى عد عشرة من هذا الضرب.

Maksudnya: “Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini, (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.

Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.

Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:
ولا تعاونوا على الأثم والعدون

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. “
(Surah Al-Maidah: 2)

Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu. Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya, sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.

Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.

Perhimpunan Aman Palestin

Aman Palestin telah menganjurkan Rapat Umum Selamatkan Gaza pagi tadi bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

www.amanpalestin.com

Friday, January 9, 2009

WE WANT HIJAB!!



SAMI YUSUF- FREE lyrics

What goes through your mind?
As you sit there looking at me

Well I can tell from your looks

That you think I’m so oppressed
But I don’t need for you to liberate me
My head is not bare
And you can’t see my covered hair So you sit there and you stare And you judge me with your glare You’re sure I’m in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care

CHORUS:
So don’t you see?
That I’m truly free

This piece of scarf on me I wear so proudly
To preserve my dignity...
My modesty
My integrity
So don’t judge me
Open your eyes and see...
“Why can’t you just accept me?” she says
“Why can’t I just be me?” she says

Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty

All I want is equality
Why can’t you just let me be free?

For you I sing this song
My sister, may you always be strong
From you I’ve learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you

You walk with no fear
Through the insults you hear
Your wish so sincere

That they’d understand you

But before you walk away

This time you turn and say:

But don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity

My modesty

My integrity

So let me be

She says with a smile
I’m the one who’s free

GAZA EMERGENCY APPEAL

Kini sudah masuk lebih kurang 2 minggu rejim zionis laknatullah menyerang Gaza habis-habisan. Jumlah angka yang terkorban meningkat hari demi hari. Setakat ini, xsilap saya sudah mencecah 770 yang terbunuh. Saya tidak ketinggalan mengikuti siaran khas mengenai tragedi ini melalui Aljazeera channel 513. Siaran yang paling diminati sekian lama. Sumber berita mengatakan 2 stesen Tv yang membuat liputan khas Gaza ialah AlJazeera dan AlArabiya. Sebagai ummat Islam, tentu di setiap jiwa muslim marah, geram dengan Israel dan sekutu-sekutunya. Tidak dapat di gambarkan kemarahan kerana Israel rakus membunuh kejam warga Palestin yang rata-ratanya dari kalangan kanak-kanak yang tidak berdosa. Meluap darah saya apabila menatap surat khabar yang tunjuk gambar mangsa yang berlumuran darah dan mayat2.. angkara si zionis!zalim!!!Lebih geram lagi apabila sumber mengatakan rejim Israel tidak langsung memberi bantuan kepada mangsa2 yang cedera parah dan menghalang ambulans untuk memberi bantuan..Manusiakah mereka itu???Sia-sia aja resolusi PBB yang lebih 80 draf dibuat!xde maknanya! Israel tetap degil tak mahu hentikan serangan walaupun dikecam seluruh dunia!Benarlah kaum Yahudi ini terkenal sebagai bangsa yang keras kepala!!

Penyerahan Tabung Gaza. Dari kiri,Mr Iskandar, sebelah kanan, Nafisah dan saya.

Pada hari ahad lepas (4 jan), saya menghubungi pihak ISLAMIC RELIEF MALAYSIA untuk membuat kutipan dana untuk Gaza di sekitar kampus saya. Ini kali ke 2 saya dan kawan-kawan bekerjasana dengan pihak IRM selepas Tayangan Amal Palestin yang kami anjurkan pada 16 Mac 2008. Ketika itu juga IRM membuat 2 kempen besar iaitu FUND FOR GAZA dan DARFUR. Keesokan harinya 5 Jan, saya bersama 2 orang teman pergi ke pejabar IRM di Serdang untuk mengambil tabung. Kami dimaklumkan IRM akan melancarkan (sudah pun dilancarkan) kempen "GAZA EMERGENCY APPEAL". Mr.Iskandar (HR manager..xsilaplah)memberi serba sedikit keterangan tentang sasaran dan objektif kempen tersebut. Kami juga tidak melepaskan peluang bertanya tentang situasi Gaza yang sebenar kepada Puan Fadilah yang juga merupakan penggerak kerja IR Malaysia. Menurut beliau pihak ISLAMIC RELIEF PALESTIN yang lokasinya di Gaza Strip selalu mengirim email kepada IRM dengan menghantar Situation Report. Pn Fadilah ada memberi kami report terbaru yang baru dikirim oleh pihak IR Palestin. Beliau dimaklumkan 7 orang sukarelawan IR Palestin cedera dalam serangan tersebut. Mereka juga memberitahu kepada IRM, setiap masa mereka akan menghubungi keluarga. Ini berikutan situasi mereka yang tidak selamat!Kami juga dimaklumkan bahawa x semua barangan sumbangan berjaya masuk ke Gaza kerana Israel dengan kejamnya menyekat barangan masuk di Raffah dan merampas.xmustahil mereka yang monopoli semua barangan sumbangan tu!!Tapi barangan dari IR seluruh dunia yang merangkumi lebih 30 cawangan di seluruh dunia akan diangkut oleh trak IR PALESTIN.Mudah2n ALLAH swt akan menolong semua NGO2 yang bersungguh2 menolong PALESTIN.ameennn ya rabb..

DERMA SEKARANG..
www.irm.org.my